Google Chrome merupakan pelayar baru yang dikeluarkan oleh Google Inc menggunakan teknologi Webkit dan juga V8 Javascript Engine di wanti-wanti sebagai pelayar Internet yang pantas.
Google Chrome menggabungkan ciri-ciri terbaik dari berbagai pelayar Internet yang ternama. Antara ciri-ciri yang dipersembahkan oleh Google Chrome adalah seperti berikut:
1.Omni-Bar
– Search bar dan address bar digabungkan menjadi satu. Ia juga berfungsi sebagai Auto Suggestion Bar
2.Incognito Mode
– Fungsi baru ini apabila diaktifkan, ia tidak akan menyimpan segala maklumat dan data. Apabila pengguna mematikan pelayar Google Chrome, semua maklumat
tersebut hilang.
3.Tab baru ( di bagian atas )
- Tab baru ini diletakkan di bahagian atas, dan berjalan secara berasingan. Ia boleh diceraikan dari induk untuk menjadi page yang baru atau dialihkan ke kiri dan
ke kanan.
4.Anti Crash, task manager
- Dalam google chrome yang baru ini, pembangunnya memisahkan setiap tab dalam operasi yang berasingan supaya apabila salah satu tab crash, ia dapat
dimatikan tanpa mematikan tab-tab yang lain.
5.Inspector
- Jika anda seorang pembangun laman web, fungsi Inspector ini dapat membantu Anda dalam membuat pengkodan HTML.
6.Fungsi seperti dalam Opera
- Paparan yang luas tidak dibiarkan kosong, ia diisi dengan alamat-alamat dan gambar halaman web yang kerap dikunjungi.
7.Phising & Malware detector
- Pihak pembangun Google Chrome juga meletakkan satu pangkalan data website yang dihitamkan dalam google chrome, jika halaman web yang dikunjungi oleh
pengguna terkesan dapat mendatangkan masalah kepada pengguna, Google
Chrome akan memberi saran kepada pengguna.
8.Berbagai ciri terbaru.
- Google Chrome boleh diinstall dalam Windows XP SP2. Anda dapat mendownload dan menginstall aplikasinya di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komentar Untuk "Google Chrome"
Post a Comment